Kerjaya Iis Sugianto

Iis yang berdarah Jawa pertama kali muncul dalam program Kenalan Baru dari TVRI pada 12 April 1978. Pada mulanya Iis bukanlah penyanyi lagu-lagu melankolik seperti yang dikenali sekarang. 2 album pertama di bawah bendera Jackson Records membuktikannya. Ditambah pula Fariz Rustam Munaf yang membawanya mengikut album Selangkah ke Seberang menyanyikan 2 buah lagu. Sayang namanya tidak begitu dikenali. Selepas Rinto Harahap menggilapnya untuk menyanyikan lagu-lagunya barulah namanya melonjak. Bermula dari album Jangan Sakiti Hatinya sampai ke album-album seterusnya. Iis Sugianto adalah trade mark penyanyi wanita untuk lagu-lagu manis pada 1980-an. Ini dapat dilihat dari produktiviti album dan jualan album tersebut (yang dikatakan mempunyai purata lebih 1 juta salinan).